Cerita ini hanya sekadar suka2, org pahang jgn marah nooo
------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu hari pemimpin dari Pahang ni datang ke KL. Masuk le ke sebuah kelab karaoke. Sambil minum2, datang seorang wanita. Boleh tahan body dan cantiknya. Si pemimpin ni pun mula le nak masuk daun dan ajak le wanita tu berbual. Dialog pun berlaku antara mereka:
Pemimpin: You nak minum ape?
Wanita: Beri saya oren dah le.
Pemimpin pun panggil waiter dan pesan. Lepas tu waiter pun datang hantar air oren. Satu gelas bersaiz besar. Terkejut wanita tu.
Wanita: Besarnya gelas!
Pemimpin: Saya dari Pahang. Orang Pahang semua besar-besar.
Wanita: Ooooo.
Dan mereka pun terus berbual sambil gelak ketawa dan sesekali berkaraoke. Dah lewat malam, masing-masing nak pulang dan pemimpin pun nak tunjuk gentelman nak hantar wanita tu pulang. Ok saja. Sampai di tempat letak kereta, wanita ni sekali lagi terkejut.
Wanita: Besarnya kereta!
Pemimpin: Orang Pahang.
Wanita: Oooooo.
Dalam kereta pemimpin ni ajak wanita itu keluar keesokan harinya. Wanita ini pun setuju. Esoknya seperti dijanjikan, maka kedua-duanya pun bertemu dan pemimpin ini membawa wanita itu ke ladangnya di kawasan Janda Baik. Sekali lagi terkejut wanita ini.
Wanita: Besarnya ladang!
Pemimpin: Orang Pahangggg.
Wanita: Ooooo
Lepas berjalan-jalan. Pemimpin ini ajak wanita pergi makan tengah hari. Ok saja. Dan sampai disebuah restoran, pemimpin pun pesan le ketam, udang, lobster dan lain-lain. Terkejut lagi wanita itu.
Wanita: Besarnya udang, ketam, lobster, pinggan pun besar!
Pemimpin: Orang Pahanggg.
Wanita: Ooooo.
Lepas makan pemimpin ni pun ajak le wanita ini ke bilik hotelnya di KL, untuk anu...anunya. Wanita itu pun setuju. Tetapi sekali lagi dia terkejut bila masuk bilik hotel.
Wanita: Besarnya bilik! Besarnya katil!
Pemimpin: Orang Pahanggg.
Wanita: Oooooo.
Masa terus berlalu dan selepas bercucuk tanam, si pemimpin ini duduk di tepi tingkap bilik hotelnya. Diambil sebatang rokok dan terus dihisap, sambil merenung lalu lalang kota raya. kemudian, pemimpin ini menoleh kepada wanita itu dan bertanya.
Pemimpin: Awak orang Pahang ke?
1 comment:
emmm.....
wakakakaka
Post a Comment