Wednesday, August 19, 2009

N95 dan face mask


Bila sebut N95 tentu ramai terus teringat kpd jenama Nokia. Tetapi apa yg akan dibincangkan disini bukan sama sekali berkaitan telefon. Tidak. N95 disini adalah berkaitan masks/topeng muka seperti gambar ini.

Ramai percaya bhw mask N95 termasuk surgical mask ini mampu melindungi mereka dari selsema babi(H1N1). Sebenarnya tujuan utama surgical/face mask adalah menghalang kuman dari pemakai tersebar kpd org lain. Apabila pemakai "mask" ini bersin, batuk, bercakap cecair dan kuman(germs) mereka akan terperangkap di mask tersebut. Face mask ini tidak mampu menghalang partikel kecil kurang dari 0.3µ dari menembusinya dimana virus H1N1 adalah sekecil 0.1µ. Jadi pemahaman bhw surgical/face mask mampu menghalang kuman H1N1 dari menjangkiti pemakai adalah salah.

Lebih utama dlm mencegah penularan H1N1 ini adalah;

1. Membersihkan tangan dgn sabun atau antibacterial hand gel selepas memegang sst di tempat awam spt tombol pintu, lif, rel tangga, kaunter dan lain-lain.

2. Amalan menjauhkan tangan menyentuh muka terutama hidung sebelum membersihkan tangan.

3. Berkumur sekurang2nya dua kali sehari dgn air garam suam atau dgn pencuci mulut spt listerine.

4. Mencuci rongga hidung dgn kapas yg di celup dlm air garam suam sekurang2nya sekali sehari.

5. Menjauhi tempat keramaian.

1 comment:

Anonymous said...

weh..mana pigi lu munya chatbox..sudah lari ka