Thursday, February 28, 2008

Peperiksaan

"Abah, kakak ada peperiksaan esok." anak sulung aku bercerita ttg peperiksaan yg bakal dia tempuhi esok. Aku pn beri dia satu, dua tips utk dia hadapi peperiksaan esok. Budak darjah satu, fikirku, tentu tak banyak soalan.

Pagi esoknya semasa menghantar dia ke sekolah, aku sekali lagi berpesan "kakak baca arahan soalan tu dulu dan pahamkan ye". Dia pn mengangguk paham dan melangkah ke kelasnya.

Tengahari, tamat waktu persekolahan. Aku jemput dia dari sekolah. Beriya-iya kakak bercerita ttg doktor gigi yang datang ke sekolah dan memeriksa gigi semua pelajar termasuk dia. Aku dengar je celoteh dia.
Baru aku teringat dia ada peperiksaan, aku pn bertanya "macammana peperiksaan kakak tadi?"
Selamba je dia jawab "mana ada periksa abah".
Hairan, aku bertanya lagi "habis tu kakak ckp ada periksa??"
"Doktor yg periksa gigi kakak la, bukan kakak yg periksa" Jawapan dia membuat aku ketawa gelihati. Aku dah salah paham dgn ayat dia rupanya.

Tuesday, February 26, 2008

Sijil Simpanan Premium


Baca paper NST arini, terlihat announcement Bank Simpanan Nasional berkenaan Sijil Simpanan Premium(SSP).

Aku belek satu2 nama yg menang tu, mana tau kot2 ada sedara atau sahabat yg menang. Sampai je hadiah ke 5, aku pelik....macamana mereka tu nak pergi umrah?? hahahah

Monday, February 25, 2008

piliharaya

Isnin, sehari lepas penamaan calon, simpang masuk ke rumah aku mula di pasang bendera-bendera parti yg bertanding. Tiang lampu jalan dan trafik light dipenuhi dgn bendera yg bergantungan. Meriah. Agaknya ia dipasang pada malamnya, kerana pada hari ahad, kawasan itu masih belum terusik dgn 'agenda' politik. Kebetulan tengahari tadi aku melalui kawasan itu utk menghantar anakku yg berusia 7 tahun ke sekolah KAFA. Tibanya di simpang itu, sambil menunggu lampu trafik bertukar hijau, anakku mengajukan pertanyaan. "Abah, kenapa ada banyak bendera ni?" Aku menjawab ringkas "ada pilihanraya." Mendengar sahaja jawapanku itu, anakku terus berkata "Nak raya ye abah". Ketawa aku mendengar kata2nya itu, maklumlah ini pertama kali dia melihat keadaan sedemikian.

Anak, kau belum mengerti bertapa teruknya "raya" yg berlansung ini. Demi survival politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja, memaki hamun perkara biasa bagi penyokong bawahan. Penipuan, rasuah dah jadi perkara biasa. Media pula asyik menayangkan cerita2 "raya" yg nampaknya berat sebelah. Kadangkala muak mendengarnya.

Anak, ketahuilah bahawa banyak lagi perkataan akhiran raya yg bukan bermaksud hari raya. Contohnya jalanraya, balairaya, bungaraya malah hanturaya.

Saturday, February 23, 2008

sejam berlalu


Sejam telah berlalu selepas blog aku lahir, dalam sibuk membelai 'bayiku' yg baru, kedengaran anak sulung pula merengek minta perhatian. Hihihi...lekanya aku dgn bayi ini. Kaklong mengajak aku temankan dia bermain basikal di taman. Teringat plak zaman aku kecil dahulu, bebas utk bermain tanpa perlu ditemani. Skg senarionya sudah berubah, anak kecil tidak lagi selamat utk bermain sendirian, ada sahaja manusia gila yg boleh menculik tanpa jejak spt yg berlaku pd Nurin Jazlin dan Sharlinie....lini di mana kau anak??

ok...kakak dah marah tu...ok abah dtg ni...jom!

apa aku dah buat?

Sabtu 23hb Februari 2008 tepat jam 5ptg, blog kepunyaan aku telah lahir dan tangisan pertamanya akan kekal dlm ingatan. Bermulalah tugas aku sbg seorg blogger, mungkinkah aku bakal berjaga malam untuk menyusukan 'bayiku' ini? membelainya dgn penuh kasih sayang? menukar bajunya yang comot, mengajarnya berkata-kata seterusnya merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan mendapat perhatian ramai dek kecomelannya??

ahhh...tanggungjawabnya aku rasakan berat bagaikan menerima kelahiran cahayamata baru sahaja....hahah...