Thursday, February 28, 2008

Peperiksaan

"Abah, kakak ada peperiksaan esok." anak sulung aku bercerita ttg peperiksaan yg bakal dia tempuhi esok. Aku pn beri dia satu, dua tips utk dia hadapi peperiksaan esok. Budak darjah satu, fikirku, tentu tak banyak soalan.

Pagi esoknya semasa menghantar dia ke sekolah, aku sekali lagi berpesan "kakak baca arahan soalan tu dulu dan pahamkan ye". Dia pn mengangguk paham dan melangkah ke kelasnya.

Tengahari, tamat waktu persekolahan. Aku jemput dia dari sekolah. Beriya-iya kakak bercerita ttg doktor gigi yang datang ke sekolah dan memeriksa gigi semua pelajar termasuk dia. Aku dengar je celoteh dia.
Baru aku teringat dia ada peperiksaan, aku pn bertanya "macammana peperiksaan kakak tadi?"
Selamba je dia jawab "mana ada periksa abah".
Hairan, aku bertanya lagi "habis tu kakak ckp ada periksa??"
"Doktor yg periksa gigi kakak la, bukan kakak yg periksa" Jawapan dia membuat aku ketawa gelihati. Aku dah salah paham dgn ayat dia rupanya.

2 comments:

Anonymous said...

ekekkekeke...abah...abah !!!

dulu nuyin nak straw abah ingat nak astro...adeihh !!

pk said...

dah tua agaknya...hihihi