Monday, February 25, 2008

piliharaya

Isnin, sehari lepas penamaan calon, simpang masuk ke rumah aku mula di pasang bendera-bendera parti yg bertanding. Tiang lampu jalan dan trafik light dipenuhi dgn bendera yg bergantungan. Meriah. Agaknya ia dipasang pada malamnya, kerana pada hari ahad, kawasan itu masih belum terusik dgn 'agenda' politik. Kebetulan tengahari tadi aku melalui kawasan itu utk menghantar anakku yg berusia 7 tahun ke sekolah KAFA. Tibanya di simpang itu, sambil menunggu lampu trafik bertukar hijau, anakku mengajukan pertanyaan. "Abah, kenapa ada banyak bendera ni?" Aku menjawab ringkas "ada pilihanraya." Mendengar sahaja jawapanku itu, anakku terus berkata "Nak raya ye abah". Ketawa aku mendengar kata2nya itu, maklumlah ini pertama kali dia melihat keadaan sedemikian.

Anak, kau belum mengerti bertapa teruknya "raya" yg berlansung ini. Demi survival politik, mereka sanggup melakukan apa sahaja, memaki hamun perkara biasa bagi penyokong bawahan. Penipuan, rasuah dah jadi perkara biasa. Media pula asyik menayangkan cerita2 "raya" yg nampaknya berat sebelah. Kadangkala muak mendengarnya.

Anak, ketahuilah bahawa banyak lagi perkataan akhiran raya yg bukan bermaksud hari raya. Contohnya jalanraya, balairaya, bungaraya malah hanturaya.

No comments: