Friday, July 31, 2009

I cry for Malaysia too

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/how-to-muzzle-your-critic.html

3. I admit that ever since I became Minister of Education in 1974, through my period as Deputy Prime Minister and then 22 years as Prime Minister I committed a lot of mistakes. I would not be human if I did not.


4. I am sure my critics also made mistakes in their lifetime. The only difference is that their mistakes affected only themselves. But if they get the chance to be PM maybe they will make the same mistakes I made. And we all will suffer.

5. Now we are seeing the former opposition parties forming Governments in several States. They were before very critical of Government mistakes. Now they seem to be making mistakes too.

6. Malaysians will have a tough time in the next general election. They may not like Barisan Nasional which for 50 years have been throwing tens of thousands into detention under the Internal Security Act, wasting public money building towers, airports, ports, highways etc, muzzling the Press etc etc. But they will find the so-called alternative coalition not much better.

7. Really Malaysia is a most unfortunate country. It has experienced misrule ever since independence. And it looks like it will continue to be misruled whether the incumbent or the opposition wins.

8. Maybe independence was a mistake also. How much better we would be under British rule. No one would be detained under the ISA. Everyone, Communists included, would be able ot speak their minds and contest in elections. Someone should be blamed for making the mistake of fighting for independence.

9. Cry my beloved country.

After reading all your deepest word, I feel like Malaysia has come to the end. We have come to a blaming culture and nation with a blaming culture can't perform at a highest level, because its people can't take reasonable risks. When nation and its people live by a culture of seeking scapegoats, the consequences can be disastrous. No one particularly national leaders wants to make unpopular, controversial and risky decisions afraid of being blame. But as you said, human make mistakes and nobody's perfect. I must say this to you "Tun M, kesilapan yg Tun lakukan terlalu sedikit dibandingkan kejayaan Tun membawa Malaysia ke satu tahap yg lebih baik. Tiada huru-hara besar semasa pemerintahan Tun dan Malaysia membangun dgn rancak. Dahulu saya mampu tidur lena kerana keamanan dan kesejahteraan yg nyata bukan sekadar retorik slogan. Saya bersyukur kpd Allah utk itu dan terima kasih Tun."

Thursday, July 30, 2009

Cempedak goreng

Seringgit 3 ulas kecik2. Mahalnya kate aku kpd penjual.
Ni cempedak di dalam pagar, mahal sikit kate penjual.

Wednesday, July 29, 2009

belajar dari kesilapan

semlm aku dah lakukan satu kesilapan. Kesilapan yg seharian diperlukan utk diperbetulkan. Walaupun kesalahan itu bukan 100% dari aku, ttp demi pepatah "client is always right", aku terpaksa menerima bebanan kesalahan tersebut. Letih, geram dan sakit kepala memikirkannya. Tambahan pula setiap kesalahan dlm bidang ini memlibatkan nilai kewangan.

aku pasrah!

Sunday, July 26, 2009

laporan sesi bicara dgn awan di skybridge klcc


Hajat me berbicara dgn awan di skybridge klcc tak kesampaian. Program jam 11.30pagi, tapi jam 11am me masih terkial2 menukar lampin anak kat rumah. Me kecewa tp me redho. Mesti ada hikmah di sebalik kejadian itu. Me tiba di parkir bangunan Getah Asli tepat jam 11.30am, seraya me mendongak melihat skybridge klcc, perasaan me sayu melihat awan kesedihan menunggu me. Mujur awan itu tidak menitiskan airmatanya. Sabarlah wahai hati, mungkin di lain kali me dan awan skybridge klcc bisa berbicara.

Tiba di concourse suria klcc, bini me menekan-nekan talipon bimbitnya lantas berbicara dgn blogger sha. Me dan bini me serta anak2 me di arahkan bergerak mencari perlindungan di kepci sementara bantuan dari blogger nde dan blogger su tiba. Go blogger go. Setelah ketemu, acara melagakan pp dan bermuah2 bermula. Me hanya mampu melihat tanpa offer pp me. Blogger su bersama suami dan 2 anak dan anak sedara(?) , blogger nde bersama 2 anak manakala blogger sha solo, tiada kelihatan pasangan duetnya. Mereka baru selesai bicara dgn awan skybridge.

Seterusnya ketua rombongan lawatan che kiah iaitu blogger sha mengajak ke fudkot aquaria. Hampir setengah jam mengisi tangki para blogger serta anak2 blogger, me dan blogger lain bergerak memasuki aquaria. Terimakasih me ucapkan kpd blogger sha yg telah mendapatkan diskaun utk semua.

Walaupun me tak dapat berbicara dgn awan skybridge, me rasa bersyukur alhamdulillah spt iklan bio-aura kerana me sempat berbicara dgn piranha, belut letrik, kupu-kupu, rama2, ikan belalai gajah, penyu, pari, yu, finding nemo, shark tale, labah2, katak afrika, tuntung, cicak malah lebih bonus, me sempat tabik cicak! Tabik yg telah lama tak me praktis semenjak bini me berhijrah mengikut me.



Saturday, July 25, 2009

great lyrics

Sebuah lagu yg lengkap. Ada awan, langit, bulan, bintang, suria, gunung, lautan, sungai dan tebing utk berbicara. Sungguh puitis.

FANTASIA MUSIM CINTA - iwan

Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu
Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...
Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...
Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti
Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu
Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

Tuesday, July 21, 2009

refund

lhdn!! mana refund aku???

Monday, July 20, 2009

Software baru dari microsoft

Dinamakan Microsoft Cibai.

kahkahkah....

tak caye? try link ni http://research.microsoft.com/apps/pubs/default.aspx?id=78035 atau google saja microsoft cibai.

adei, tak sanggup la nak guna software ni. Kalau org tanye tengah buat ape tu? Takkan nak jawab aku tgh buat cibai nih...kahkahkah

SIR

Spell-It-Right Challenge. Menonton SIR pada hari minggu yang lepas dpt menunjukkan bertapa anak-anak kecil berupaya mengeja perkataan yg sukar. Perkataan akan disebut berserta dengan maksudnya sebelum mereka mengeja. Contohnya disebut ship dan penerangannya adalah A ship is a large vessel that floats on water and may be found on lakes, seas, and rivers. Tetapi tetap di eja sheep. Hihihi. Gabra mungkin.

pink

semlm kat restoran JM briyani, tanye kakngah kenapa dia nak air bandung tapi dah dapat tak minum pun. Asyik pau air sirap kaklong je. Dia cakap "kakngah suka pink"....eheh

petangnye bawak dia ke jayen KD utk pilih basikal. Dia cakap "kakngah nak warna pink"...eheh

Bagaimana agaknya hidup dlm alam pink ni?

Thursday, July 16, 2009

Baju putih

Arini aku pakai baju putih, seluar hitam. Nampak segak. eheh. (perasan)

Tadi ade ofismate tegur (perempuan).

"u nampak mcm budak sekolah la"

huhuhuhuhu....

hampesnye.

Wednesday, July 15, 2009

Nama

kenapa ada sesetengah nama byk menggunakkan konsonan "e" dlm ejaan?

saleem
hakeem
haneef
shireen
farheen
tasleem
ameen

adakah ia melambangkan sesuatu?

Tuesday, July 14, 2009

kerja

Lepas grad aku dpt kerja kilang. Kerja 6 bulan aku blah. Apply kerja sekarang ni, dah lebih sepuluh tahun kerja kat sini. Ketika pulang ke kg bercuti lps bertukar kerja dulu, ada pakcik tu tanye, keje kat mana? aku ckp le securities firm. Terus pakcik tu cakap syukur alhamdulillah ye nak, walaupun engkau kerja pak guard, tp itu kerja halal. Susah nak dpt kerja sekarang. Elok le engkau tak memilih wpn hanya kerja guard.

aku tunduk penuh keinsafan. Yelah pakcik asalkan halal. huhuh





sekuriti - pak guard
suruhanjaya sekuriti - suruhanjaya pak guard

Monday, July 13, 2009

stokin

Cis, terpakai stokin wife ke opis, ke anak punye??

patut le sampai buku lali je...

cis cis cis

Nasi goreng

Mlm tadi aku berjaya masak nasi goreng kampung berisi udang. Tu pn dgn bantuan perencah adabi. Akakak. Tp yg bestnye komen dari anak2 and wife.

Kaklong "abah, jgn habiskan nasi goreng tu!" sambil genggam tgn dan naikkan ibu jari.

Kakngah "pedaish la abah" tp dah separuh pinggan abis.

Baby "hmmm...mmm..mmm" sambil mumbling sst. Actually maknye suapkan nasi putih je bkn nasi goreng.

wife "sedap sgt" tp berminyak sikit. Ekekkek bab taruk minyak tu fail sikit la


Tp sebenarnye aku main campak je lam kuali...gaul gaul gaul...tada...kurang masin? nanti tarok kicap...hihi

80 kali

Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

Kenapa 80 kali? Bagi yg mereka yang kerap menggunakan tol sebagai laluan ke tempat kerja (pergi dan balik), seminggu kerja 5 hari, jumlah penggunaan tol baru mencecah 40 kali. Jika bekerja 7hari seminggu pun, jumlah kekerapan menggunakan tol baru mencecah 60 kali (30hari X 2 kali lalu). Jauhhhhhh dari 80 kali dari yg di umumkan utk layak mendpt diskaun.

Diskaun yg tak mampu di capai pengguna biasa.

Friday, July 10, 2009

Senangnya nak hamil



pautannya disini

Hati-hati kpd wanita yg melancong ke Mesir. Anda mungkin hamil jika termandi dikolam renang tersebut.

Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

Hahahha...lelaki manakah yg buat onar dlm kolam renang? persoalannya bolehkah sperma berkeliaran dlm kolam renang dan mencari sasaran? hihi

Thursday, July 9, 2009

Ingin jadi jutawan? ini peluang anda

Jadi broker dan jual sebuah rumah shj. Komisyennya? 12juta.
Berminat sila hubungi dr khir toyo, mantan MB selangor.

Jutawan

Banyak betul iklan-iklan yg mengajak kita(baca; melayu) menjadi jutawan.

Waktu pagi ketika membaca akhbar tabloid berbahasa Melayu, Harian Metro terutamanya, penuh satu muka iklan bertapa mudahnya menjadi jutawan hanya dgn melabur serendah RM5ribu dlm sistem BOSSMAILER(spam sms). Turut dipaparkan kiraan mudah menjadi jutawan tanpa perlu buat apa2, hanya membeli produk mereka. Owh mudahnya menjadi jutawan. Baru aku tahu. Iklan ini popular tahun lepas dgn syt bernama spt monsoon(ribut). Dlm wikipedia, monsoon diterjemahkan spt berikut;A monsoon is a seasonal prevailing wind that lasts for several months. Tepat spt maksudnya, syt ini hilang setelah beberapa bulan mengiklan.

Ketika di pejabat, bukak sahaja e-mail, akan ada e-mail yg tidak diketahui dari siapa, mengajak menjadi jutawan. Pelaburan serendah RM10. Hahahhaha... jika begitu mudah, tentu tiada lagi masalah kemiskinan tegar di Malaysia.

Tiba2 handphone berbunyi, call dari rakan yg telah lama lost contact. Katanya dia ada projek bagus. Ingin berjumpa utk menerangkannya. Tak boleh terangkan dlm talian kata P&C. Setelah berjumpa, rupanya pelaburan internet ala swisscash. Pelaburan serendah RM200 mampu menjana pendapatan ratusan ribu. Wah! Begitu murah dan mudah menjadi org kaya.

Pulang ke rumah selepas kerja, buka peti surat, di dalamnya penuh dgn flyers bagimana menjadi jutawan. Pelbagai kata2 manis, sindiran dan juga kata2 semangat serta gambar2 mereka yg berjaya ditontonkan. Bergaya di sebelah kereta mewah Bimmer, Merc, Impreza dll. Wah! rupanya Malaysia sudah ramai menjadi jutawan.

Ketika menonton TV, aku ingatkan iklan Hai-O itu ingin memperkenalkan produk tetapi rupanya iklan untuk menjadi jutawan!


Syukur alhamdulillah. Mudahnya menjadi jutawan di Malaysia!

Muslimkah Michael Jakson?

Jawapannya tidak.
Berita MJ seorg muslim hanyalah khabar angin yg tidak dpt disahkan.

RIP MJ

Wednesday, July 8, 2009

kasut

2 tahun pakai kasut kerja ni. Dah naik kusam. Nak beli baru ke tak? huh dilemma

Tuesday, July 7, 2009

Nasi lemak

Sebungkus nasi lemak masih di atas meja, sejuk. Dah jam 3.08pm. Nak makan ke tak? huii dilemma...

Monday, July 6, 2009

Iklan

Tiap kali aku terrrtengok iklan bio aura kat TV mesti aku akan mengekek2 gelak. Gelak kpd para pelakon jutawan yg kaku dan juga dialog2 mereka.

"bang, inilah rumah kite" beritahu isteri kpd suami
"yeeee..." jwb suami

kahkahkah...mcmlah si suami tak tahu itu rumah dia.

Gelak sbb gaya mereka dlm iklan tu kaku dan spt teragak utk berckp. Mula kepala aku terbayang wajah direktor Ahmad Nispu dlm cerita Bujang Lapok sedang mengarah mereka bercakap sambil menyebut "cakappppp, cakapppp, cakappp s***t*n!!!

kahkahkah

Friday, July 3, 2009

Virus

Pc panas semcm. Semlm google2 ttg Melbourne Australia. Perlu scan takut2 ada virus h1n1.

Sup gearbox


Inilah sup gearbox Restoran Ghulam Mee Kota Damansara. Siap dgn straw utk anda download lemak dalam tulang tu ke dlm perut anda. Mcm2 makanan pelik boleh ditemui di Malaysia. Kuih batang buruk, kuih taik itik, taik minyak, jambu batu, ikan parang, badak berendam, sup gearbox etc. Mujurlah makanan pelik tu hanya sekadar nama yg bombastik sahaja.

Bayangkan jika sup gearbox yg dihidangkan adalah sup gearbox bas scania atau lori volvo. Ahaks.

Kudap-kudap

Petang semlm isi dlm balang maruku sepeket. Arini dah tinggal suku. Member seofis ckp aku genggam maruku serupa genggam makan nasi. Ciss. Patutlah.

Wednesday, July 1, 2009

Kisah lama :Gelaran

Mcm2 gelaran waktu belajar dulu. Sbb ada yg nama hampir sama, maka diberi gelaran. Cth kalau yg bernama Ahmad, ada 7 org nama yg sama jadi utk membezakan, Ahmad yg berasal dari Sg Siput akan di panggil MAT SIPUT, Ahmad dari Sentul KL akan di gelat MAT SENTOL dan mcm2 lagi. Ada yg di panggil dgn nama bapa, buah, pucuk pokok etc. Kreatif.

Ada kawan di gelar MAYAT sbb dia seorg yg kurus berbanding rakan2 yg lain dan dia tak kisah di panggil Mayat. Panggilan mayat sbg gantidiri sahabat ini mcm dah jadi kebiasaan kpd rakan2 sekolej. Hingga ramai yg tak tahu nama sebenar sahabat ini. Orang luar mungkin akan rasa pelik dan terkejut.

Satu hari, ayah kpd Mat sentol telah dtg ke kolej utk berjumpa anaknya. Maka dia bertanya kpd rakan2 sekolej jika mereka nampak Ahmad dari Sentul ini. Oh, pada waktu itu penggunaan handphone masih belum meluas dan kebanyakkan pelajar tak mampu memilikinya. Kerana ayah Mat Sentol menyebut nama penuh anaknya, maka ramai yg tak kenal, hinggalah seorg sahabat ini yg kebetulan ingat nama penuh Mat Sentol. Kebetulan Mat Sentol sdg berdiskusi dgn Mayat di biliknya. Maka dgn tanpa prejudis dan syak wasangka telah berkata "ohhh...pakcik cari Mat Sentol yee?....dia ada di bilik mayat"....hihihi...bayangkan wajah ayah Mat Sentol masa tu.


btw, apa gelaran korang masa sekolah dulu?

Staff baru

Arini aku kene ajar staff baru. Budak compliance dept. Aku lak yg kene ajar padahal aku ni le yg paling tak comply....stokin, tie pn aku tak pakai...hihihahaha...lantak le...sapa soh aku ajar dia kan. Tapi aku tak kisah ajar org ni, lagipn ilmu yg bermanafaat ade ganjarannye kan. Bab2 ajar org ni aku semangat lebih tambahan lak mengajar fresh grad ni....pompuan lak tu.....huhuhuhu...





ehhh syyyyyy...