Wednesday, July 1, 2009

Kisah lama :Gelaran

Mcm2 gelaran waktu belajar dulu. Sbb ada yg nama hampir sama, maka diberi gelaran. Cth kalau yg bernama Ahmad, ada 7 org nama yg sama jadi utk membezakan, Ahmad yg berasal dari Sg Siput akan di panggil MAT SIPUT, Ahmad dari Sentul KL akan di gelat MAT SENTOL dan mcm2 lagi. Ada yg di panggil dgn nama bapa, buah, pucuk pokok etc. Kreatif.

Ada kawan di gelar MAYAT sbb dia seorg yg kurus berbanding rakan2 yg lain dan dia tak kisah di panggil Mayat. Panggilan mayat sbg gantidiri sahabat ini mcm dah jadi kebiasaan kpd rakan2 sekolej. Hingga ramai yg tak tahu nama sebenar sahabat ini. Orang luar mungkin akan rasa pelik dan terkejut.

Satu hari, ayah kpd Mat sentol telah dtg ke kolej utk berjumpa anaknya. Maka dia bertanya kpd rakan2 sekolej jika mereka nampak Ahmad dari Sentul ini. Oh, pada waktu itu penggunaan handphone masih belum meluas dan kebanyakkan pelajar tak mampu memilikinya. Kerana ayah Mat Sentol menyebut nama penuh anaknya, maka ramai yg tak kenal, hinggalah seorg sahabat ini yg kebetulan ingat nama penuh Mat Sentol. Kebetulan Mat Sentol sdg berdiskusi dgn Mayat di biliknya. Maka dgn tanpa prejudis dan syak wasangka telah berkata "ohhh...pakcik cari Mat Sentol yee?....dia ada di bilik mayat"....hihihi...bayangkan wajah ayah Mat Sentol masa tu.


btw, apa gelaran korang masa sekolah dulu?

6 comments:

Faizul said...

segan la nak sebut nama gelaran aku hahahahaha...

akak comel said...

gelaran akak menten je dari dulu hingga kini....
akak comel..akak pon tak tau kenapa...

. said...

aku cuma nak tau apa khabar mayat tu sekarang.

miloaiskurangmanis said...

hahahahah

kesian kat ayah si Mayat...

pk said...

faizul - gelaran ko dulu matpet kan?

akakcomel - sbb body akak montok kot

nizam - tatau. lost kontek la

milo - kesian kan...ekekkek

akak comel said...

adik pikir ni ada ada je....mana akak montok..akak biasa biasa je