Thursday, July 9, 2009

Jutawan

Banyak betul iklan-iklan yg mengajak kita(baca; melayu) menjadi jutawan.

Waktu pagi ketika membaca akhbar tabloid berbahasa Melayu, Harian Metro terutamanya, penuh satu muka iklan bertapa mudahnya menjadi jutawan hanya dgn melabur serendah RM5ribu dlm sistem BOSSMAILER(spam sms). Turut dipaparkan kiraan mudah menjadi jutawan tanpa perlu buat apa2, hanya membeli produk mereka. Owh mudahnya menjadi jutawan. Baru aku tahu. Iklan ini popular tahun lepas dgn syt bernama spt monsoon(ribut). Dlm wikipedia, monsoon diterjemahkan spt berikut;A monsoon is a seasonal prevailing wind that lasts for several months. Tepat spt maksudnya, syt ini hilang setelah beberapa bulan mengiklan.

Ketika di pejabat, bukak sahaja e-mail, akan ada e-mail yg tidak diketahui dari siapa, mengajak menjadi jutawan. Pelaburan serendah RM10. Hahahhaha... jika begitu mudah, tentu tiada lagi masalah kemiskinan tegar di Malaysia.

Tiba2 handphone berbunyi, call dari rakan yg telah lama lost contact. Katanya dia ada projek bagus. Ingin berjumpa utk menerangkannya. Tak boleh terangkan dlm talian kata P&C. Setelah berjumpa, rupanya pelaburan internet ala swisscash. Pelaburan serendah RM200 mampu menjana pendapatan ratusan ribu. Wah! Begitu murah dan mudah menjadi org kaya.

Pulang ke rumah selepas kerja, buka peti surat, di dalamnya penuh dgn flyers bagimana menjadi jutawan. Pelbagai kata2 manis, sindiran dan juga kata2 semangat serta gambar2 mereka yg berjaya ditontonkan. Bergaya di sebelah kereta mewah Bimmer, Merc, Impreza dll. Wah! rupanya Malaysia sudah ramai menjadi jutawan.

Ketika menonton TV, aku ingatkan iklan Hai-O itu ingin memperkenalkan produk tetapi rupanya iklan untuk menjadi jutawan!


Syukur alhamdulillah. Mudahnya menjadi jutawan di Malaysia!

5 comments:

. said...

Syukur Alhamdulillah.
hehe.

gadis solehah said...

yeke??????

Faizul said...

oihhh ilmiah sangat la pk. baru ayat ke 2 je, otak aku dah jemmm.

pk said...

nizamsani - sila tadah tangan sambil tunjuk cincin sekali yek

gadis solehah - hmmm...yee

faizul - kalo otak jem, sila minum air bio aura, jem akan keluar ikot telinga.

NaniMizi said...

sehari suntuk ko dibayangi dengan perkataan jutawan ye..lepeh ni mesti ko jadi Jutawan Pikir..bukan Jutawan Fakir mcm dlm pilem tu.