Inflasi adalah suatu proses meningkatnya harga barang secara umum dan terus-menerus. Dengan kata lain, inflasi juga merupakan proses menurunnya nilai matawang secara berterusan. Inflasi dianggap terjadi jika proses kenaikan harga berlangsung secara terus-menerus dan saling pengaruh-mempengaruhi. Sekarang inflasi terjadi disebabkan peningkatan harga minyak, satu item penting kpd pekilang2, sistem penerbangan, pengangkutan, pengguna individu dll. Inflasi juga disebabkan permintaan mendadak terhadap komoditi spt beras, besi, minyak kelapa sawit, tepung dll hasil kebangkitan ekonomi spt India, China yg mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia.
Jadi bagaimanakah mengawal situasi yg di luar kawalan kita ini? Ini adalah sebahagian caranya;
1. Bercucuk tanam sendiri.
Idea hidroponik yg popular pada penghujung 90an mungkin boleh digunakan. Sayur-sayuran kecil spt cili, daun pandan, sawi dll boleh ditanam didlm pasu bunga atau kawasan belakang rumah. Ia mungkin menjimatkan anda dlm jangkamasa panjang. Elakkan menanam padi di atas bumbung rumah.
2. Rancang sebelum membeli-belah.
Tulis setiap barang yang diperlukan sahaja sebelum ke pasaraya. Jangan membeli barang yg akhirnya bertapa didalam peti ais hingga tamat tempoh dan akhirnya menjadi santapan tong sampah. Rancang juga apa yg akan dimasak maka ini akan menjimatkan masa "bertawaf" di pasaraya. Jika boleh tinggalkan anak2 dirumah ketika membeli barang keperluan krn anak2 boleh menyebabkan pembelian yg tidak dirancang.
3. Beli barang jenama pasaraya(inhouse product)
Barang keperluan yg dipekkan dgn jenama spt Tesco value biasanya lebih murah berbanding harga barang berjenama terkenal. Penjimatan sekitar dibawah RM1 hingga RM3 mengikut barang. Jika dijumlahkan, penjimatan adalah signifikan.
4. Beli bila ada jualan mega
Satu kaedah penjimatan yg bijak. Tetapi anda perlu berhati-hati supaya tidak tertipu. Waktu sales atau jualan mega ini penjimatan adalah sekitar 10% hingga 70%.
5. Masak sendiri.
Memasak sendiri memang menjimatkan ttp kadangkala meletihkan. Ttp jika anda makan direstoran dgn jumlah 2 org dewasa dan 2 kanak2, bil biasanya akan mencecah RM25 secara puratanya. Dengan masak sendiri akan lebih mendekatkan lagi anak2 dengan anda. Org kata jinakkan anak/suami melalui air tangan. Tambahan pula skill memasak anda mungkin akan bertambah.
6. Kad Loyalti
Anda juga boleh memaksimakan kelebihan dari kad loyalti spt tesco clubcard, juscocard, bonuslink, mesra(petronas) dll. Perbelanjaan anda menggunakan kad ini mengumpulkan mata yg boleh ditukar kpd hadiah dan kadang-kala memberi diskaun.
7. Handphone.
Jika ingin berjimat, mungkin anda boleh bertukar kpd plan pra-bayar(prepaid). Terdpt juga plan pasca-bayar yg menjimatkan spt celcom plan 68, family plan dll. Cuma perlu analisa kelebihannya. Utk panggilan jauh mungkin anda boleh menggunakan happy dari digi yg mengenakan caj 99sen sahaja utk setiap panggilan tidak kira berapa lama bercakap.
8. Kenderaan.
Bertukar ke kenderaan lebih kecil mungkin menjimatkan ttp kadang-kala tidak praktikal. Penyelesaiannya mungkin anda boleh menunggang motorsikal atau basikal ke tempat kerja. Atau boleh juga menggunakan kenderaan awam. Jika dibenarkan oleh kerajaan, penggunaan unta, keldai, lembu, kerbau dijalanraya mungkin boleh di fikirkan. Penggunaan kambing sbg kenderaan adalah tidak digalakkan.
9. Recycle
Mengguna semula barang yg masih boleh di gunakan merupakan idea yg bijak. Cuma perlu lebih kreatif utk menjana semula penggunaannya.
Bagaimana kaedah anda berjimat? Marilah berkongsi cerita
4 comments:
Elakkan menanam padi di atas bumbung rumah.
ekekekekeke... leh idup ke klu tanam??
aku pn tatau. cuba le tanam....kekekek
nak tau lebih lanjut kena tanya sanusi junid. Hahahha
Salam, nak tambah sikit, kalau nak jimat lagi, pergilah beli reload Celcom kat stesen minyak BHPetrol. Dengan reload min RM30, kita dapat voucher minyak free. Siapa nak bagi free. Cukup afdal untuk rakyat seperti saya yang bergaji kecil. Salam :)
ye ke ebundle? baru tau ni. tp aku tak pakai prepaid selkom la plak.
Post a Comment