Thursday, June 19, 2008

Kredit Kad: tiada lagi 20 hari interest free

Bermula Julai ini, pengguna kredit kad yg tidak membayar penuh jumlah tertunggak tidak akan lagi menikmati 20 hari tempoh tanpa bunga(interest free period). Bermakna hanya mereka yg membuat bayaran penuh utk setiap penggunaan pada bulan sebelumnya akan tetap menikmati tempoh 20 hari tanpa bunga. Bagi mereka yg membuat bayaran minimum atau sebahagian sahaja, akan dikenakan bunga(interest) pada hari pembelian diposkan pada akaun kad. Dalam pada itu, caj pembayaran lewat(late payment charge) adalah RM10 atau 1% daripada jumlah tertunggak. Dahulu hanya 1% dari jumlah bayaran minimum atau RM5 yg mana leih tinggi.

Bermula 1 julai juga, kpd mereka yg membuat bayaran minimum mengikut tempoh akan di caj bunga yg berkurangan (reduce interest) kepada 15% ke 17% setahun berbanding 18% sekarang.

Bagaimanapun, walaupun caj kewangan adalah rendah, bagi mereka yg membuat gagal membuat bayaran pada tempohnya atau membuat penggunaan pusingan akan membayar lebih dari kaedah dahulunya.

Jadi dgn kaedah baru ini, kita seharunya berhati2 berbelanja menggunakan kredit kad.

5 comments:

Anonymous said...

testing nak komen..
maknanya lagi tinggi la interest ek..

pk said...

interest rendah, cuma kalo lambat bayar atau bayar tp terkurang 10sen ke, kena le interest tinggi. Late payment charge(bayar lepas due date) dah RM10 dulu baru RM5.

Anonymous said...

patut la aritu ada baki 2 hengget, pas tu lewat bayar kena 12 hengget..
sib baik tak marah2 kat bank.. kekekek
tq ek

Anonymous said...

seboleh2nya, elakkanlah penggunaan kad kredit. kalau dah terpaksa jugak, pandai2la disiplinkan diri untuk membayar hutengggggsss...

pk said...

tu la, hidden charges camni selalu bank tak cerita...diam je

patut la depa untung banyak...hihihi