Sunday, June 15, 2008

NGV

Semenjak harga minyak petrol naik ke RM2.70 seliter, aku terpk nak convert kereta aku pakai NGV. Apa itu NGV? Setelah aku google2 NGV bermaksud Natural Gas Vehical atau juga dikenali sbg CNG (Compress Natural Gas). Apa beza NGV/CNG ni dengan LPG(Liquefied petroleum gas) atau gas memasak tu?

Secara umumnya ia adalah benda yg sama cuma melalui proses yg berlainan. Natural Gas adalah Gas Asli yang dikeluarkan dari bumi dalam bentuk gas secara terus semasa proses carigali minyak manakala LPG adalah produk sampingan semasa penghasilan petrol (yang dimampatkan dalam tong agar menjadi bentuk cecair apabila tekanan dibebaskan bertukar kebentuk gas) yan biasa kita guna untuk memasak kat dapur. Aku tak pasti samada kereta yang dipasang NGV boleh guna LPG ke tak. Tapi rasanya mcm tak boleh sbb komponen kimianya yg berlainan.

Apa kelebihan menggunakan NGV kpd kenderaan?
Sudah tentu kos yg rendah. Aku difahamkan, bg setiap RM8 yg dibelanjakan utk NGV, jumlah perjalanan kereta adalah 150km(jenis dan kapasiti kereta tidak dinyatakan). Kalau diterjemahkan kpd kereta aku mengikut harga petrol RM1.92, ia merupakan separuh penjimatan. Pada harga petrol RM2.70, penjimatan mungkin lebih lg kerana harga NGV masih kekal. Ttp nampaknya kos utk memasang sistem NGV pada kereta aku telah meningkat ke RM7500. Satu jumlah yg agak besar utk dikeluarkan sekaligus. Kena pk 3, 4 kali. Huhuhu... Jumlah petrol yg aku belanjakan setiap minggu adalah RM50 ie sebulan adalah sebanyak RM200, jadi payback periodnya adalah 3 tahun lebih. Roadtax juga diskaun sebanyak 25%.

Kelemahan penggunaan NGV
Kemerosotan kuasa, boot space terpaksa dikorbankan utk meletak tong NGV yg besar dan ada yg mengatakan penggunaan NGV boleh memendekkan hayat enjin kereta. Stesen utk mengisi NGV juga kurang ie lebih kurang 150 stesen shj diseluruh msia dimana kebanyakkannya tertumpu di lembah kelang. Dan berita yg baru dari kerajaan, mereka yg memasang NGV tidak layak utk mendapat rebate RM625.

Harga NGV adalah RM0.68/liter.

Berikut adalah cth harga utk pemasangan NGV oleh sebuah syt. Harga adalah berbeza utk kereta dgn sistem karburetor dan injection. Cth kereta nasional

Proton Iswara (4G15P) - RM 3,200 to RM3,400
Proton Wira (4G15P) - RM3,200 to RM3,400

Proton Wira EFI - RM4,200 to RM4,500 (with EFI Mixer & Stepper Motor system)
Proton Wira EFI - RM6,500 to RM6,800 (with Sequential Injection System)

Proton Waja EFI - RM4,500 to RM4,800 (with EFI Mixer & Stepper Motor system)
Proton Waja EFI - RM6,500 to RM6,800 (with Sequential Injection System)

Perdana - RM6,500 to RM6,800 (with Sequential Injection System)





No comments: